Tempat pertama kami tuju ialah Killing Fields. Perjalanan dari bandar ke lokasi lebih kurang 30-40 minit menaiki Tuk-Tuk yang dipandu perlahan. Tiket untuk masuk kesini ialah 2 USD. Disinilah tempat pembunuhan dan penanaman beramai-ramai mangsa kekejaman rejim Pol - pot ke atas penduduk Kemboja semasa pemerintahan rejim tersebut dari tahun 1975 hingga 1979. Dibawah ni gambar-gambar menunjukan kawasan perkuburan, cebisan pakaian, cebisan tulang dan tengkorak. Ada gambar-gambar lain diblog sahabat saya ni http://yiennoor.blogspot.com/2011/05/travel-log-cambodia-part-1.html dan http://azamalwi.blogspot.com

.
 
Picture
Picture
Hari pertama di Kemboja kami menghabiskan waktu meronda bandar Phnom Penh sementara menunggu flight Rismayuddin Idris tiba jam 5.00 petng waktu tempatan dan bas ke Siem Reap pada pukul 12.00 malam. Tempat pertama kami pergi ke Killing Field. Lupakan soal lens yg rosak........ apa yg penting kembalikan semula mood walaupun tidak begitu sihat dan kamera bermasalah.  Senyum...... Tempat-tempat yang kami ronda adalah Killing Field, Russian Market  dan Kampung Cherang Chemereh, Phnom Pehn.
Picture
 
Pada 4 Mei 2011 kami berangkat menuju Phnom Pehn menaiki pesawat Air Asia. Azam Alwi, Yien Mohd Noor dan saya menaiki pesawat sama berlepas pada jam 6.30 am. Manakala Rismayuddin Idris menaiki pesawat jam 3.00 pm. Setiba di Airport Phnom Penh kami menyewa Tuk Tuk menuju kebandar untuk membeli simcard (amaran | harga simcard sekitar 3 USD sahaja jangan bayar lebih) Selepas membeli simcard kami meronda sekitar bandar Phnom Penh sementara menunggu Rismayuddin Idris yang akan tiba jam 4pm waktu Kemboja. Sebelum itu kami ke Stesen Bas untuk membeli tiket bas ke Siem Reap. Semasa membeli tiket bas ke Siem Reap kamera saya terlepas dari tangan dan terjatuh dengan begitu kuat sehingga lens patah dan kamera juga mengalami sedikit kerosakan  dimana adakala gambar yang di ambil tidak keluar. Waktu yang sungguh membuatkan mood saya terus hilang....... tapi saya pendamkan semuanya... siapa yang tidak merasa sedih baru tiba di Phnom Penh kamera dah rosak. Nasib baik Azam Alwi memberi pinjam lens beliau sekurang2 nya ada juga gambar yg boleh saya snap walau pun kamera sedikit nazak. Kita sambung cerita ini kemudian..........
Picture
Picture
Picture
Distesen bas inilah kamera saya terjatuh dan lens  patah :(

wedding kawin kahwin perkahwinan hantaran